|
LATARBELAKANG SYARIKAT
KLIFE GLOBAL merupakan syarikat di bawah Kumpulan Megapadu. KLIFE GLOBAL SDN BHD telah diasaskan oleh Y.Bhg Dato' Ir Hanaffi Daud dan Y.Bhg Datin Normaziah Sheikh Mohammed.
Dengan permulaan yang sederhana, kumpulan ini semakin berkembang pesat sehingga kini memiliki anak-anak syarikat yang menjalankan pelbagai industri perniagaan. Dari industri Pengilangan, Pembuatan sehingga ke Industri Perniagaan Jualan Langsung. Setiap subsidiari perniagaan dijalankan oleh unit masing-masing yang berfungsi dengan lancar.
KLIFE GLOBAL telah memasarkan pelbagai produk berjenama KAYLA BEVERLY HILLS dan kini mengembangkan cabang perniagaan dalam industri Pemasaran Berbilang Tingkat atau Multilevel Marketing dengan memasarkan produk berjenama Klife.
KLife memulakan operasi sepenuhnya pada Julai 2008 dengan modal berbayar RM 1.7 juta dan beroperasi di premis perniagaan KLIFE GLOBAL berlokasi di Petaling Jaya, Selangor. Produk yang dipasarkan terdiri daripada KLife Makanan Tambahan, Klife Penjagaan Kulit, Klife Produk Harian, Klife Penjagaan Kenderaan dan Klife Alatan Kesihatan. Pelan Niaga yang praktikal, seimbang dan mudah dicapai diwujudkan untuk membantu Usahawan-Usahawan Klife mencapai Kebebasan Kewangan dan merealisasikan impian setiap individu yang menyertai Dunia Perniagaan Klife.
"LAKUKAN Dengan SEMPURNA, Pasti KEJAYAAN TERLAKSANA" |